Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

STRATEGI KHAS UNTUK MEMBANTU MASALAH MURID PEMULIHAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK



       Sebelum merancang strategi pengajaran untuk membantu masalah murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik, seorang guru harus menjalankan ujian saringan. Melalui, ujian saringan tersebut guru dapat mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik. Selepas itu, guru pemulihan harus melaksanakan ujian diagnostik Matematik kepada murid-murid tersebut. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan daerah-daerah kelemahan murid secara spesifik. Setelah itu, seorang seorang guru boleh merancang strategi khas.
            
         Strategi yang pertama adalah  guru boleh gunakan adalah kaedah Model Polya. Penggunaan strategi kaedah Model Polya dapat membantu murid-murid pemulihan untuk menyelesaikan masalah Matematik. Terdapat empat langkah dalam Model Polya ini.  Antaranya adalah memahami dan mentafsir sesuatu masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Langkah pertama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Pada peringkat ini, murid dibimbing untuk terlibat secara aktif berkaitan  dengan aktiviti atau masalah yang diberikan. Dalam fasa ini murid diminta memberi fokus kepada bahagian yang penting, mengenal pasti kata kunci, menerangkan masalah dengan  perkataan sendiri, mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambar rajah, mengemukakan beberapa soalan, memahami item-item yang terlibat dalam masalah sesuatu soalan dan mengaitkan  item-item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab dan pada akhir fasa ini murid diminta membuat model.
  
       Langkah kedua adalah merancang strategi penyelesaian. Setelah murid memahami soalan, guru membimbing murid untuk merancang strategi penyelesaian yang sesuai dengan permasalahan yang diberi. Antara strategi penyelesaian  mengikut polya adalah membuat simulasi, melukis gambar rajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan anologi, teka dan uji, membina model, menggunakan gambar rajah, bina jadual, kerja secara songsang dan pelbagai strategi digunakan.
           
            Langkah ketiga adalah melaksanakan strategi penyelesaian. Setelah memilih strategi yang sesuai. Murid diminta  melaksanakan strategi untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang betul, iaitu dengan cara menterjemahkan maklumat yang diberi ke dalam bentuk matematik, menggunakan strategi yang dirancang, menjalankan semua proses dan pengiraan yang terlibat dan menyemak setiap langkah strategi yang digunakan.

         Langkah terakhir adalah menyemak semula penyelesaian. Menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut. Semasa menyemak semula jawapan beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya adalah semak semula maklumat penting yang telah  dikenal pasti, semak pengiraan, pertimbangkan penyelesaian yang logik dan akhirnya adalah baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah menjawab soalan atau tidak. Ini merupakan satu strategi yang guru boleh gunakan bagi murid-murid pemulihan yang menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah matematik.

Strategi yang  seterusnya adalah, kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, pemprosesan kumpulan. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.

Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.  Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),  Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Pembelajaran koperatif ini sesuai dijalankan dalam kelas pendidikan pemulihan. Apabila murid-murid daripada pelbagai tahap dalam suatu kumpulan mereka dapat membantu dan membimbing murid yang kurang mahir ini disebabkan terdapat beberapa murid pemulihan tidak suka semasa guru mengajar dan kurang faham jika kita menggunakan kaedah ini kita dapat menyelesaikan masalah mereka.

Kaedah  konstektual salah satu strategi yang berkait rapat dengan pengajaran matematik. Pembelajaran berkait rapat dengan kehidupan sebenar mereka. Ia  lebih kepada pengalaman sebenar murid pengajaran perlu menggunakan bahan-bahan yang konkrit. Jika kita menggunakan strategi ini murid akan mudah memproses maklumat dengan cara yang tersendiri. Murid pemulihan sering menghadapi masalah dalam menguasai konsep matematik terutamanya operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Contohnya, bagi mengajar konsep tambah guru boleh menggunakan bahan-bahan maujud seperti batang aiskrim, pensil, guli, manik, batu dan juga bahan-bahan yang bersesuaian dengan murid. Apabila menunjukkan bahan-bahan maujud semasa pengiraan tambah mereka lebih faham daripada menunjukkan ayat matematik.
           
            Tambahan lagi, kita juga boleh gunakan kaedah pembelajaran Masteri. Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut  hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan. Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui  prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran. Ini merupakan satu kaedah yang perlu diambil kira oleh setiap guru pemulihan. Contohnya, selepas mengajar satu operasi matematik guru harus  membuat ujian supaya dapat mengetahui bahawa murid tersebut sudah menguasai operasi tersebut. Jika murid tersebut tidak menguasai operasi tersebut guru harus menjalankan pemulihan sekali lagi sampai murid tersebut memahami operasi tersebut. Ini dapat  membantu murid pemulihan untuk menguasai konsep operasi asas Matematik.

Kita juga boleh gunakan strategi melukis gambar rajah untuk mengajar Matematik. Minda murid pemulihan akan menyerap sesuatu jika kita menggunakan gambar rajah untuk mengajar sesuatu. Begitu juga dengan Matematik. Contohnya untuk mengajar 9+3 guru boleh melukis gambar rajah buah oren, guli, bola untuk mewakili bilangan tersebut dan mengajar soalan tersebut dengan membilang gambar yang dilukisnya dan murid dengan mudahnya dapat menjawab soalan tersebut. Bagi kuantiti kecil yang berbentuk diskrit, maklumat  boleh diwakilkan dengan menggunakan bentuk-bentuk mudah seperti bulatan dan segi empat.

Lebih-lebih lagi, kita juga boleh gunakan strategi pengajaran secara individu. Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar – pelajar sedang membuat latihan bertulis dalam kelas ataupun semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan. Guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam kerja kumpulanya dan mengajarnya secara perseorangan. Melalui cara ini pelajar dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya bagi mencapai peringkat yang setara dengan pelajar - pelajar yang lain.
Strategi yang terakhir adalah permainan dan teka – teki matematik.Aktiviti permainan dan teka – teki matematik adalah aktiviti pembelajaran yang memerlukan proses analisis, sentesis dan penilaian.(Mok Song Sang.1993 ). Kepada pelajar pemulihan aktiviti ini menjadi berguna dan bermakna kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti permainan tersebut. Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah seperti petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi dan tangram.  Dari segi aspek permainan guru juga boleh mengadakan permainan stesen. Guru boleh mengadalkan permainan stesen setelah mengajar satu topik dalam Matematik. Guru boleh menyediakan beberapa stesen mengikut keperluan murid. Apabila guru mengadakan permainan stesen murid akan melibatkan diri secara aktif dan disamping guru boleh memasukkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh murid tersebut. Jika seorang guru menggunakan strategi sebegini mengikut masalah murid pemulihan dalam Matematik sudah pasti seorang guru  dapat mengatasi masalah murid pemulihan dan menghantar murid tersebut ke kelas perdana untuk teruskan pelajaran.

1 comment:

  1. Coin Casino | 100% Bonus up to €200 + 50 FS
    Discover the best 100% 코인카지노 먹튀 up to €200 + 50 FS Casino Bonuses for 2021! The Best Online Casinos with 100's of Free Spins, Bonuses & More!

    ReplyDelete