Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

OPERASI TOLAK



3.0 OPERASI TOLAK
         Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Ini kerana operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set, sedangkan operasi Tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan  sesuatu set kepada set-set yang kecil. Pendek kata operasi tolak merupakan proses songsangan (menterbalikkan ) operasi tambah.

3.1 Konsep-konsep operasi tolak

3.1.1  Mengambil keluar / Pengasingan 


3.1.2 Membandingkan Dua Kumpulan
Dua set yang berasingan diberi. Kemudian menyusun semula serta padankan set pertama dengan set kedua. Ahli yang tidak ada pasangannya dikenali baki atau beza.



Dalam sebuah taman rama-rama terdapat 10 ekor rama-rama dan 6 kuntum bunga. Berapa banyak lagi rama-rama dari kuntum bunga                                 






3.1.3 Berapa banyak lagi yang perlu ditambah?
Bermula dengan satu set. Kemudian perlu tambah berapa lagi supaya dapat set keseluruhan.
contohnya:
Saya ada 4 ekor ayam dalam sebuah kandang yang boleh menampung 7 ekor ayam. Berapa ayam lagi saya boleh masukkan ke dalam kandang.




3.1.4 Konsep Tolak Sebagai Songsangan Tambah
      Dalam konsep tambah, dua set objek dicantumkan untuk menghasilkan satu set yang lebih besar,kemudian bilangan objek dalam set baru ditentukan. Jika kita bermula dengan set yang besar dan mengasingkannya kepada dua set serta mencari berapa banyak objek dalam setiap set itu, inilah operasi tolak. Proses yang terlibat disini ialah songsangan proses untuk tambah.
3.1.5 Konsep Tolak sebagai Penyekatan
       Dalam konsep ini ahli-ahli dalam sesuatu set tidak dikeluarkan tetapi perlu diubahsuaikan kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Konsep set pelengkap biasanya dikaitkan dengan model ini. (Objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan tidak ditambah. Objek dalam set berkekalan tetapi boleh dikumpulkan mengikut sesuatu yang diberi. Lepas itu murid perlu mengira pelengkap set.
Contohnya:-
Terdapat 5 buah kereta dalam satu tempat letak kereta. 2 buah kereta ialah kereta sport dan yang lain ialah van. Berapakah buah kereta van?




3.2 Fakta asas tolak
Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit  daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit.  Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak iaitu mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan  mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.














No comments:

Post a Comment