Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Sunday 22 September 2013

PENDAHULUAN



 PENDAHULUAN
Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung  dan bermakna  dalam  suasana  menggembirakan akan dapat memupuk minat  murid     untuk   mempelajari matematik. konsep pranombor, nombor awal, operasi nombor, pengukuran, masa dan ruang perlulah diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan  merupakan  komponen penting dalam pengajaran matematik awal di peringkat prasekolah.

            Operasi  matematik  merupakan konsep penting dalam Matematik. Operasi Matematik  merupakan  bahagian penting dalam bagi tajuk-tajuk  matematik yang lain. Seseorang murid yang tidak menguasai operasi matematik pada awalnya mempunyai masalah besar semasa mereka berada pada tajuk-tajuk yang lain dan juga tahap-tahap lain.  Terdapat empat operasi aritmetik iaitu tambah, tolak, darab dan juga bahagi. Tambah ialah operasi pertama yang dipelajari oleh murid. Murid telah didedahkan dengan operasi tambah apabila mereka belajar membilang. Murid diperkenalkan operasi tolak setelah mereka dapat melakukan operasi tambah. Operasi darab diperkenalkan setelah murid mahir dalam operasi tambah. Operasi bahagi ialah operasi yang lebih susah daripada operasi tambah, tolak & bahagi.

Mengikut teori pembelajaran Jean Piaget, pada peringkat operasi konkrit iaitu 7-11 tahun murid perlu diajar menggunakan benda-benda konkrit.  Mengikut teori tersebut, Terdapat pelbagai bahan bantu konkrit, kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran  operasi matematik. Asas perkembangan  operasi matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan simbolik.  

No comments:

Post a Comment