Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN OPERASI MATEMATIK.



         Teori pembelajran pertama adalah Konstruktivisme. Konstruktivisme adalah pembelajaran sebagai proses yang aktif membina idea atau konsep baru berdasarkan pengalaman semasa atau yang lepas. “pembelajaran yang melibatkan pembinaan pengetahuan daripada pengalaman sendiri." Usaha sendiri, bersifat dalaman, bersifat peribadi,  konsep dalaman dan prinsip am akan mengakibatkan diaplikasikan dalam konteks kehidupan harian.
                  
              Mengikut teori ini operasi matematik iaitu operasi tambah,tolak,darab dan bahagi perlu diajar dengan mengaitkan pengalaman sebelum ini iaitu konsep pra nombor. Semasa guru mengajar operasi tambah guru perlu mengaitkan konsep pra nombor. Contohnya, semasa guru mengajar tambah (dua nombor) guru perlu melukis gambar ataupun menunjukkan bahan konkrit jumlah dua nombor tersebut untuk membilang dahulu sebelum guru mengajar menjumlahkan dua nombor tersebut.
                  
                 Dalam operasi matematik murid perlu diajar mengikut turutannya. Ianya tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini kerana keempat-empat operasi saling berkait antara satu sama lain. Contohnya, semasa guru mengajar darab guru akan menggunakan pengetahuan sebelum ini iaitu tambah berulang. Jika murid tidak dapat menguasai operasi tambah sudah pasti mereka akan menghadapi masalah semasa mempelajari operasi.
        
                     Implikasi teori pembelajaran  konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah memberi galakan kepada murid-murid. Menggalakkan murid yang mahir membantu rakan yang kurang mahir. Contohnya semasa guru mengajar operasi darab sudah tentu terdapat segelintir murid yang kurang faham bagaimana buatnya dalam masa ini guru boleh mengarahkan murid-murid yang mahir operasi darab untuk membantu murid-murid yang kurang mahir dan ini akan membantu guru memberi perhatian kepada seluruh murid pada masa yang sama. Selain itu, guru menggunakan strategi pengajaran yang koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Contohnya, selepas guru mengajar sesebuah operasi guru perlu mengadakan aktiviti pengukuhan. Guru boleh mengadakan aktiviti pengukuhan secara berkumpulan dan ini akan membantu kesemua tahap murid dapat menyertai aktivitinya dengan penuh yakin apabila mereka berada dalam kumpulan.
       
              Kedua adalah memberi pujian yang jelas dan sistematik.  Guru perlu menentukan bahawa pujian diberi dengan betul dan bersesuaian dengan tingkah laku murid. Contohnya, apabila murid-murid dapat menguasai operasi matematik yang diajar terutamanya murid-murid yang mempunyai masalah dalam mateatik guru memberi pujian yang sesuai supaya ia akan menjadi satu motivasi untuk terus belajarnya. Ini  menyebabkan murid akan berasa dihargai dan bersemangat untuk belajar tentang sesuatu perkara.
      
        Ketiga adalah arahan yang bermakna. Guru memberikan arahan yang jelas dan bermakna yang seboleh-bolehnya mempunyai kaitan antara pengajaran dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Contohnya, semasa guru mengajar operasi bahagi guru perlu menunjukkan proses pembahagian satu demi satu ini kerana murid akan keliru dengan arahan yang banyak.Kurangkan penghafalan dan bimbing kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Semasa guru mengajar sifir guru perlu mengelakkan mengajar menghafal sifir mala guru boleh menggunakan strategi lain iaitu menggunakan fakta asas untuk mengajar sifirnya. Keempat adalah kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar. Murid- murid dapat memahami sesuatu pembelajaran baru dengan mudah kerana pengalaman yang telah dilalui. Contoh : Guru menyuruh murid mengira bilangan gula-gula dengan menyentuh setiap satu gula-gula yang telah dikira.
       
            Kesimpulannya, tahap pengetahuan yang dicapai oleh seseorang kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa. Oleh itu, guru perlu sabar semasa mengajar operasi matematik. Ini kerana tahap kognitif murid-murid adalah berbeza. Guru boleh menggunakan pelbagai strategi dan kaedah untuk mengajar operasi matematik. Pencapaian adalah bergantung kepada pengetahuan orang dewasa yang lebih kemahiran.

No comments:

Post a Comment