Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

OPERASI TAMBAH




2.0 OPERASI TAMBAH
          Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2=  5. Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu penyatuan set dan juga pengukuran pada garis nombor.
Pertama adalah penyatuan set. Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan. Contohnya :-


Set A mengandungi 4 biji epal (bilangan unsur) dan set B terdapat 3 biji epal. Bilangan epal (unsur) dalam set C boleh ditentukan dengan membilang. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi tambah. Operasi dilambangkan dengan simbol “+” dan dicatatkan sebagai :  





 Kedua pengukuran pada garis nombor. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1. Contohnya:-




2.1Memperkenalkan konsep penambahan
 


Aktiviti awal untuk memperkenalkan konsep penambahan harus diberi melalui penyatuan set(kumpulan) objek. Pengalaman ini akan membantu murid memahami huraian lisan tentang operasi tambah serta simbol dan istilah yang digunakan untuk operasi ini. Perkembangan konsep penambahan ditunjukkan melalui carta diatas. Carta ini dinamakan segi tiga pembentukan konsep.

2.2Teknik-teknik penambahan


Membilang terus dengan nombor yang besar






2.3Fakta asas tambah
       Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti bagi menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah. Operasi tambah boleh didedahkan menggunakan konkrit, piktorial, garis nombor, kaedah visual dan lisan, memperkenalkan strategi berfikir dan murid dikehe ndaki mengingat dan menyatakan semua fakta asas tambah.  Berikut adalah carta fakta asas tambah:-










No comments:

Post a Comment