Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

OPERASI BAHAGI



4.0 OPERASI BAHAGI
       Operasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir yang lebih tinggi untuk memahami konsep dan algoritma bahagi.  Untuk pembelajaran yang efektif, murid perlu faham tentang konsep dan sifat milik, atau hukum operasi bahagi di samping penyediaan kaedah dan pedekatan yang terancang oleh guru untuk memudahkan proses memahami operasi ini.

Terdapat dua model iaitu.  Model Kuotatif (memberi gambaran berapa kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar unsur.  Model partitif atau sama rata (memberi gambaran berapa banyak unsur dalam satu kumpulan atau kelompok. Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta asas darab berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan kira-kira bahagi secara sikap dan ekonomik.  Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain, tanpa sebarang baki nombor bernilai)

5.1Strategi-strategi pengajaran bahagi
5.1.1 Konsep Pembahagian Sebagai Pengongsian

Operasi bahagi timbul apabila pelajar perlu mengongsikan sejumlah objek secara sama rata dengan beberapa orang kawan, atau apabila membahagikan beberapa orang kepada sebilangan kumpulan tertentu.     
Contohnya:-
Bahagikan 12 biji telur sama rata diantara 3 orang. Berapa biji telur tiap orang akan
terima?




5.1.2 Konsep Bahagi Sebagai Pengumpulan
Murid mula mengaitkan operasi bahagi dengan proses mencari sebilangan set yang sama besar yang boleh dijadikan daripada sesuatu jumlah objek. Proses ini digelarkan pengumpulan atau pembahagian secara ukuran kerana dalam proses ini murid-murid dikehendaki mengukur sebilangan subset  yang sama banyak daripada objek asal.  

 Contohnya:-
Ada 12 biji durian. Jika guli itu dilonggokkan supaya dapat 3 biji durian dalam satu longgok, berapa longgok guli boleh didapati?




 Dalam pembahagian secara proses pengumpulan, jumlah asal dan bilangan objek/ahli dalam setiap kumpulan kecil diberikan. Tugas di sini ialah mencari bilangan kumpulan kecil yang boleh didapati selepas proses pembahagian.




5.1.3 Konsep Pembahagian Sebagai Songsangan Darab


     Dalam setiap fakta asas darab ada tiga nombor yang terkandung dalam fakta asas bahagi yang berkenaan, dan operasi bahagi merupakan proses mencari faktor yang tertinggal dalam dalam fakta asas darab.



5.1.4 Pembahagian Sebagai Operasi Tolak Berulangan
    Konsep bahagi sebagai operasi tolak berulangan berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses pengumpulan. Dalam penyelesaian 15 ÷ 3 = ?, pelajar digalakkan bertanya diri sendiri: “Ada berapa 3 dalam 15”?. Dengan menggunakan pembilang pelajar boleh menentukan 5 kumpulan 3




Fakta asas bahagi
         Fakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi dan hasil bahagi bernombor satu angka.  Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta bahagi. Contohnya, 14  ÷  2  =  7.  Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah pengekelasan objek-objek, penggunaan pengalaman harian, manipulasi objek-objek,  melukis dan menganalisis gambar  dan mencari jawapan melalui pertalian.






1 comment:

  1. Playtech casinos are still in their infancy
    With the emergence of their online slots and their proprietary 전라남도 출장마사지 game 제천 출장마사지 software, the live casino world is ripe for a 전라북도 출장마사지 renaissance. The new technology 전주 출장마사지 was Apr 24, 양산 출장안마 2020 · Uploaded by Slotty Images

    ReplyDelete