Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID PEMULIHAN



             Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.  Matematik memerlukan pembuktian yang kukuh, penguasaan simbol yang efisien dan jitu, serta pertalian antara struktur-struktur Matematik yang berkaitan.  Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Oleh itu, penyelesaian masalah dapat menjana pemikiran pelajar yang bersistematik dan logik.
                    
          Terdapat beberapa masalah murid-murid pemulihan menghadapi masalah dalam operasi asas. Pertama adalah operasi tambah. Guru-guru disekolah perlu membuat perancangan yang sesuai sebelum mengajar operasi tambah.  Pada peringkat awal murid-murid telah didedahkan dengan penambahan dalam linkungan 10.Guru perlu menerangan tentang penyatuan dua kumpulan. Masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam operasi tambah. Contohnya  keliru dengan simbol tambah (+), tidak tahu bahawa jawapan bagi 2 + 5 adalah sama dengan 5 + 2 dan  tidak dapat membuat penambahan secara bentuk lazim.

          Kedua adalah operasi tolak. Guru perlu memperkenalkan situasi tolak dalam bahasa harian . Maksud  tolak dalam matematik ialah pengurangan kuantiti sesuatu kumpulan objek. Secara teorinya tolak atau pengurangan ialah suatu operasi songsangan bagi penambahan. Masalah yang dihadapi dalam penolakan. Tidak mahir menulis ayat matematik operasi tolak melalui proses pengasingan. Contohnya   3  - 2. Tidak dapat menulis ayat matematik berdasarkan gambar. Tidak tahu menolak dengan menggunakan kaedah pinjam.
       
       Ketiga adalah operasi darab. Bagi memperkenalkan konsep pendaraban kepada  kanak-kanak kita kaitakan dengan pengetahuan sedia ada yang telah mereka pelajari iaitu konsep penambahan. Guru harus memperkenalkan konsep yang mudah dahulu iaitu penambahan berulang.Murid-murid diperkenalkan kepada operasi darab sejak tahun 2 lagi. Ini kerana kebanyakan murid menguasai kemahiran menambah   dalam tahun satu. Masalah dalam pendaraban adalah pelajar akan keliru terhadap operasi tambah dan darab iaitu dengan simbol. Pelajar  yang kurang mahir dalam penambahan berganda(repeatation addition) akan mengalami masalah. Contoh: 2 +2+ 2= 6  (2 X 3)
       
          Keempat adalah operasi bahagi Operasi bahagi dipelajari oleh murid setelah menguasai operasi tambah, toak dan darab. Guru perlu memperkenalkan simbol bagi operasi bahagi. Kemudian  guru mengajar konsep pembahagian sebagai pengumpulan. Murid mula mengaitkan operasi bahagi  dengan bilangan set yang sama besar daripada sesuatu  jumlah objek. Pembahagian secara pengongsian.  Operasi ini memerlukan murid berkongsi secara sama rata dengan beberapa orang  rakan. Masalah dalam operasi bahagi adalah kurang mahir dalam  pembahagian sama rata, contohnya bapa memetik 15 biji timun dari ladangnya. Jika timun itu dilongokkan supaya  terdapat 3 biji timun dalam satu longok,berapa longgok timunkah yang boleh didapati. Tambahan lagi. tidak mahir dalam operasi bahagi berbaki dan tidak mahir dalam pembahagian yang berbentuk lazim. Ini merupakan antara masalah yang dapat dikesan diantara murid pemulihan dalam operasi matematik.

No comments:

Post a Comment