Total Pageviews

Total Pageviews

Total Pageviews

Monday 23 September 2013

OPERASI DARAB



4.0  OPERASI DARAB
Darab sebagai operasi tambah berulang. Contohnya tiga set 2 diertikan sebagai 3 ´ 2 , lima set 4 diertikan sebagai 5 ´ 4.  Darab bermakna “kali atau ganda”. Contoh: 3 ´ 6 =  18 . Ia disebut “tiga kali ganda enam menghasilkan lapan belas”. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab.  Tanda “´” merujuk kepada operasi ganda dan tanda “=” merujuk kepada hasil.  Nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan cara mendatar.  Antara model bagi menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan garisan bernombor dan model hasil Cartesian.
4.1Strategi-strategi Pendaraban
 4.1.1 Tambah berulang





Rajah 2 menunjukkan panjang pita yang dipunyai oleh Priya dan Sella. Panjang pita Sella ialah 2 cm. Berapakah panjang pita Priya berbanding dengan pita Sella.
Ayat matematik untuk masalah di atas
Panjang pita Priya       =  4 kali  ( panjang pita Bakar  )
                                      =   4 kali  ( 2 cm )
                                      =   4  X  2
                                      =   8 cm






4.1.3Konsep Baris & Turus / Tatasusunan (Array)
Ayat matematiknya.
Ada berapa baris bunga?  ( 3 baris )
Ada berapa turus bunga (2 turus)
Berapakah jumlah kesemua bunga tersebut?  ( 6 )
3 X 2=6
Sekumpulan bunga disusun dalam tiga barisan. Setiap baris diletakkan sebanyak 2 kuntum bunga.  Berapakah jumlah bunga tersebut? 

 

4.1.4 Konsep kombinasi
Dalam satu jamuan, kuih-kuih dan minuman yang disediakan adalah seperti berikut:


3 jenis kuih, iaitu karipap, donat dan kek 
2 jenis minuman, teh dan kopi




Jika setiap orang dibenarkan mengambil hanya satu jenis kuih dan satu jenis minuman sahaja, berapakah jenis kuih dan minuman yang berbeza dapat disediakan.




4.2 Fakta asas darab
Fakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit, misalnya daripada 0 ´ 0 hingga 9 ´ 9.  Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang tepat dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 100 fakta seperti 0 ´ 0, 1 ´ 1, 2 ´ 2, 3 ´ 3 hingga 9 ´ 9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain bersimetri (45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 ´ 7 = 7 ´ 4. Fakta darab perlu dibantu dengan manipulasi objek konkrit, piktorial dan jadual fakta. Murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-bagai fakta menggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma standard.