Sebelum merancang strategi pengajaran untuk membantu
masalah murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik, seorang guru harus
menjalankan ujian saringan. Melalui, ujian saringan tersebut guru dapat
mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran
Matematik. Selepas itu, guru pemulihan harus melaksanakan ujian diagnostik
Matematik kepada murid-murid tersebut. Ujian diagnostik dijalankan untuk
mengesan daerah-daerah kelemahan murid secara spesifik. Setelah itu, seorang
seorang guru boleh merancang strategi khas.
Strategi
yang pertama adalah guru boleh gunakan
adalah kaedah Model Polya. Penggunaan strategi kaedah Model Polya dapat membantu
murid-murid pemulihan untuk menyelesaikan masalah Matematik. Terdapat empat
langkah dalam Model Polya ini. Antaranya
adalah memahami dan mentafsir sesuatu masalah, merancang strategi penyelesaian,
melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian. Langkah
pertama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Pada peringkat ini, murid
dibimbing untuk terlibat secara aktif berkaitan
dengan aktiviti atau masalah yang diberikan. Dalam fasa ini murid
diminta memberi fokus kepada bahagian yang penting, mengenal pasti kata kunci,
menerangkan masalah dengan perkataan
sendiri, mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambar
rajah, mengemukakan beberapa soalan, memahami item-item yang terlibat dalam
masalah sesuatu soalan dan mengaitkan
item-item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab
dan pada akhir fasa ini murid diminta membuat model.
Langkah
kedua adalah merancang strategi penyelesaian. Setelah murid memahami soalan,
guru membimbing murid untuk merancang strategi penyelesaian yang sesuai dengan
permasalahan yang diberi. Antara strategi penyelesaian mengikut polya adalah membuat simulasi,
melukis gambar rajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan
anologi, teka dan uji, membina model, menggunakan gambar rajah, bina jadual,
kerja secara songsang dan pelbagai strategi digunakan.
Langkah
ketiga adalah melaksanakan strategi penyelesaian. Setelah memilih strategi yang
sesuai. Murid diminta melaksanakan
strategi untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid hendaklah
menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk
mendapat jawapan yang betul, iaitu dengan cara menterjemahkan maklumat yang
diberi ke dalam bentuk matematik, menggunakan strategi yang dirancang, menjalankan
semua proses dan pengiraan yang terlibat dan menyemak setiap langkah strategi
yang digunakan.
Langkah terakhir adalah menyemak semula penyelesaian. Menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut. Semasa menyemak semula jawapan beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya adalah semak semula maklumat penting yang telah dikenal pasti, semak pengiraan, pertimbangkan penyelesaian yang logik dan akhirnya adalah baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah menjawab soalan atau tidak. Ini merupakan satu strategi yang guru boleh gunakan bagi murid-murid pemulihan yang menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah matematik.
Strategi yang seterusnya adalah, kaedah pembelajaran
koperatif. Pembelajaran koperatif merujuk kepada
kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).
Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam
pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara
positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas
pembelajaran diri sendiri, pemprosesan kumpulan. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam
pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan
kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.
Kemahiran
sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran
koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw,
TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor
(Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pembelajaran koperatif
menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini
membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Pembelajaran koperatif
ini sesuai dijalankan dalam kelas pendidikan pemulihan. Apabila murid-murid
daripada pelbagai tahap dalam suatu kumpulan mereka dapat membantu dan
membimbing murid yang kurang mahir ini disebabkan terdapat beberapa murid
pemulihan tidak suka semasa guru mengajar dan kurang faham jika kita
menggunakan kaedah ini kita dapat menyelesaikan masalah mereka.
Kaedah konstektual salah satu strategi yang berkait
rapat dengan pengajaran matematik. Pembelajaran berkait rapat dengan kehidupan
sebenar mereka. Ia lebih kepada
pengalaman sebenar murid pengajaran perlu menggunakan bahan-bahan yang konkrit.
Jika kita menggunakan strategi ini murid akan mudah memproses maklumat dengan
cara yang tersendiri. Murid pemulihan sering menghadapi masalah dalam menguasai
konsep matematik terutamanya operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi. Contohnya, bagi mengajar konsep tambah guru boleh menggunakan
bahan-bahan maujud seperti batang aiskrim, pensil, guli, manik, batu dan juga
bahan-bahan yang bersesuaian dengan murid. Apabila menunjukkan bahan-bahan
maujud semasa pengiraan tambah mereka lebih faham daripada menunjukkan ayat
matematik.
Tambahan
lagi, kita juga boleh gunakan kaedah pembelajaran Masteri. Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam
suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi
dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan
mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan.
Penilaian
dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya
menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran
baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan
yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan. Penggunaan kaedah ini di
dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsip-prinsip
pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang diajar oleh
guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai.
Di samping itu murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu
hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi
setiap unit pembelajaran. Ini merupakan satu kaedah yang perlu diambil kira
oleh setiap guru pemulihan. Contohnya, selepas mengajar satu operasi matematik
guru harus membuat ujian supaya dapat
mengetahui bahawa murid tersebut sudah menguasai operasi tersebut. Jika murid
tersebut tidak menguasai operasi tersebut guru harus menjalankan pemulihan
sekali lagi sampai murid tersebut memahami operasi tersebut. Ini dapat membantu murid pemulihan untuk menguasai
konsep operasi asas Matematik.
Kita juga boleh gunakan strategi melukis gambar rajah untuk mengajar
Matematik. Minda murid pemulihan akan menyerap sesuatu jika kita menggunakan
gambar rajah untuk mengajar sesuatu. Begitu juga dengan Matematik. Contohnya
untuk mengajar 9+3 guru boleh melukis gambar rajah buah oren, guli, bola untuk
mewakili bilangan tersebut dan mengajar soalan tersebut dengan membilang gambar
yang dilukisnya dan murid dengan mudahnya dapat menjawab soalan tersebut. Bagi
kuantiti kecil yang berbentuk diskrit, maklumat
boleh diwakilkan dengan menggunakan bentuk-bentuk mudah seperti bulatan
dan segi empat.
Lebih-lebih lagi, kita juga boleh gunakan strategi pengajaran
secara individu. Pengajaran secara individu ini dilakukan semasa pelajar –
pelajar sedang membuat latihan bertulis dalam kelas ataupun semasa mereka
menjalankan aktiviti kumpulan. Guru dapat mengenal pasti pelajar yang
bermasalah dalam kerja kumpulanya dan mengajarnya secara perseorangan. Melalui
cara ini pelajar dapat dibantu untuk mengatasi kelemahanya bagi mencapai
peringkat yang setara dengan pelajar - pelajar yang lain.
Strategi yang terakhir adalah permainan dan teka – teki
matematik.Aktiviti permainan dan teka – teki matematik adalah aktiviti
pembelajaran yang memerlukan proses analisis, sentesis dan penilaian.(Mok Song
Sang.1993 ). Kepada pelajar pemulihan aktiviti ini menjadi berguna dan bermakna
kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti permainan
tersebut. Antara permainan yang menggunakan kemahiran proses adalah seperti
petak ajaib, permainan dan kuiz matematik, corak dan teselesi dan tangram. Dari segi aspek permainan guru juga boleh
mengadakan permainan stesen. Guru boleh mengadalkan permainan stesen setelah
mengajar satu topik dalam Matematik. Guru boleh menyediakan beberapa stesen
mengikut keperluan murid. Apabila guru mengadakan permainan stesen murid akan
melibatkan diri secara aktif dan disamping guru boleh memasukkan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai oleh murid tersebut. Jika seorang guru
menggunakan strategi sebegini mengikut masalah murid pemulihan dalam Matematik
sudah pasti seorang guru dapat mengatasi
masalah murid pemulihan dan menghantar murid tersebut ke kelas perdana untuk
teruskan pelajaran.
Coin Casino | 100% Bonus up to €200 + 50 FS
ReplyDeleteDiscover the best 100% 코인카지노 먹튀 up to €200 + 50 FS Casino Bonuses for 2021! The Best Online Casinos with 100's of Free Spins, Bonuses & More!