4.0 OPERASI
DARAB
Darab
sebagai operasi tambah berulang. Contohnya tiga set 2 diertikan sebagai 3 ´ 2 , lima set 4 diertikan
sebagai 5 ´ 4. Darab bermakna “kali atau ganda”. Contoh: 3 ´ 6 = 18 . Ia disebut “tiga kali ganda enam
menghasilkan lapan belas”. Nombor 3 dan 6 dipanggil faktor darab. Tanda “´”
merujuk kepada operasi ganda dan tanda “=” merujuk kepada hasil. Nombor 18 mewakili hasil darab atau nombor
terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak
dan cara mendatar. Antara model bagi
menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan
garisan bernombor dan model hasil Cartesian.
4.1Strategi-strategi
Pendaraban
4.1.1
Tambah berulang
Rajah 2 menunjukkan panjang pita yang dipunyai oleh
Priya dan Sella. Panjang pita Sella ialah 2 cm. Berapakah panjang pita Priya
berbanding dengan pita Sella.
Ayat matematik untuk masalah di atas
Panjang pita Priya =
4 kali ( panjang pita Bakar )
= 4 kali
( 2 cm )
= 4
X 2
= 8 cm
4.1.3Konsep Baris & Turus / Tatasusunan (Array)
Ayat matematiknya.
Ada berapa baris
bunga? ( 3 baris )
Ada berapa turus bunga
(2 turus)
Berapakah jumlah kesemua
bunga tersebut? ( 6 )
3
X 2=6
|
4.1.4
Konsep kombinasi
Dalam
satu jamuan, kuih-kuih dan minuman yang disediakan adalah seperti berikut:
3
jenis kuih, iaitu karipap, donat dan kek
2 jenis
minuman, teh dan kopi
4.2 Fakta asas darab
Fakta
asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu
digit, misalnya daripada 0 ´ 0
hingga 9 ´ 9. Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang
tepat dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada
100 fakta seperti 0 ´ 0,
1 ´ 1,
2 ´ 2,
3 ´ 3
hingga 9 ´ 9,
iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain bersimetri (45 + 45).
Fakta bersimetri ialah seperti 4 ´ 7 =
7 ´ 4.
Fakta darab perlu dibantu dengan manipulasi objek konkrit, piktorial dan jadual
fakta. Murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta
lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan
pertalian antara berbagai-bagai fakta menggunakan hukum operasi darab dan
menggunakan algoritma standard.
No comments:
Post a Comment