Teori pembelajran pertama adalah Konstruktivisme.
Konstruktivisme adalah pembelajaran sebagai proses yang aktif membina idea atau
konsep baru berdasarkan pengalaman semasa atau yang lepas. “pembelajaran yang
melibatkan pembinaan pengetahuan daripada pengalaman sendiri." Usaha
sendiri, bersifat dalaman, bersifat peribadi,
konsep dalaman dan prinsip am akan mengakibatkan diaplikasikan dalam
konteks kehidupan harian.
Mengikut teori ini operasi
matematik iaitu operasi tambah,tolak,darab dan bahagi perlu diajar dengan mengaitkan
pengalaman sebelum ini iaitu konsep pra nombor. Semasa guru mengajar operasi
tambah guru perlu mengaitkan konsep pra nombor. Contohnya, semasa guru mengajar
tambah (dua nombor) guru perlu melukis gambar ataupun menunjukkan bahan konkrit
jumlah dua nombor tersebut untuk membilang dahulu sebelum guru mengajar
menjumlahkan dua nombor tersebut.
Dalam operasi matematik murid
perlu diajar mengikut turutannya. Ianya tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini
kerana keempat-empat operasi saling berkait antara satu sama lain. Contohnya,
semasa guru mengajar darab guru akan menggunakan pengetahuan sebelum ini iaitu
tambah berulang. Jika murid tidak dapat menguasai operasi tambah sudah pasti
mereka akan menghadapi masalah semasa mempelajari operasi.
Implikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik adalah memberi galakan kepada murid-murid. Menggalakkan murid yang mahir membantu rakan yang kurang
mahir. Contohnya semasa guru mengajar operasi darab sudah tentu terdapat
segelintir murid yang kurang faham bagaimana buatnya dalam masa ini guru boleh
mengarahkan murid-murid yang mahir operasi darab untuk membantu murid-murid
yang kurang mahir dan ini akan membantu guru memberi perhatian kepada seluruh
murid pada masa yang sama.
Selain itu, guru menggunakan
strategi pengajaran yang koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara
berkumpulan. Contohnya, selepas guru mengajar sesebuah operasi guru perlu
mengadakan aktiviti pengukuhan. Guru boleh mengadakan aktiviti pengukuhan
secara berkumpulan dan ini akan membantu kesemua tahap murid dapat menyertai
aktivitinya dengan penuh yakin apabila mereka berada dalam kumpulan.
Kedua
adalah memberi pujian yang jelas dan sistematik. Guru perlu
menentukan bahawa pujian diberi dengan betul dan bersesuaian dengan tingkah
laku murid. Contohnya, apabila murid-murid dapat menguasai operasi matematik
yang diajar terutamanya murid-murid yang mempunyai masalah dalam mateatik guru
memberi pujian yang sesuai supaya ia akan menjadi satu motivasi untuk terus
belajarnya. Ini menyebabkan murid akan berasa dihargai dan bersemangat untuk belajar
tentang sesuatu perkara.
Ketiga
adalah arahan yang bermakna. Guru memberikan arahan yang jelas dan bermakna yang
seboleh-bolehnya mempunyai kaitan antara pengajaran dengan kehidupan seharian
kanak-kanak. Contohnya, semasa guru mengajar operasi bahagi guru perlu
menunjukkan proses pembahagian satu demi satu ini kerana murid akan keliru
dengan arahan yang banyak.Kurangkan penghafalan dan bimbing kanak-kanak untuk
mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Semasa guru
mengajar sifir guru perlu mengelakkan mengajar menghafal sifir mala guru boleh
menggunakan strategi lain iaitu menggunakan fakta asas untuk mengajar sifirnya.
Keempat adalah kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar. Murid- murid
dapat memahami sesuatu pembelajaran baru dengan mudah kerana pengalaman yang
telah dilalui. Contoh : Guru menyuruh murid mengira bilangan gula-gula dengan
menyentuh setiap satu gula-gula yang telah dikira.
Kesimpulannya, tahap pengetahuan yang dicapai oleh seseorang kanak-kanak
adalah berbeza daripada orang dewasa. Oleh itu, guru perlu sabar semasa
mengajar operasi matematik. Ini kerana tahap kognitif murid-murid adalah
berbeza. Guru boleh menggunakan pelbagai strategi dan kaedah untuk mengajar
operasi matematik. Pencapaian adalah bergantung kepada pengetahuan orang dewasa
yang lebih kemahiran.
No comments:
Post a Comment