2.0 OPERASI
TAMBAH
Penambahan ialah operasi yang
mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan
jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2=
5. Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan
iaitu penyatuan set dan juga pengukuran pada garis nombor.
Pertama adalah penyatuan set. Penambahan
nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan satu set objek
yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu
set objek yang disatukan. Contohnya :-
Set A mengandungi 4 biji epal (bilangan unsur) dan set B
terdapat 3 biji epal. Bilangan epal (unsur) dalam set C boleh ditentukan dengan
membilang. Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang
dinamakan operasi tambah. Operasi dilambangkan dengan simbol “+” dan
dicatatkan sebagai :
Kedua pengukuran
pada garis nombor. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap
jarak di antara titik pada garis bernilai 1. Contohnya:-
2.1Memperkenalkan
konsep penambahan
Aktiviti awal untuk memperkenalkan
konsep penambahan harus diberi melalui penyatuan set(kumpulan) objek.
Pengalaman ini akan membantu murid memahami huraian lisan tentang operasi
tambah serta simbol dan istilah yang digunakan untuk operasi ini. Perkembangan
konsep penambahan ditunjukkan melalui carta diatas. Carta ini dinamakan segi
tiga pembentukan konsep.
2.2Teknik-teknik penambahan
Membilang
terus dengan nombor yang besar
2.3Fakta asas tambah
Fakta asas tambah merupakan kombinasi
penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor
1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada pengendalian
algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti bagi
menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah. Operasi tambah boleh didedahkan
menggunakan konkrit, piktorial, garis nombor, kaedah visual dan lisan,
memperkenalkan strategi berfikir dan murid dikehe ndaki mengingat dan
menyatakan semua fakta asas tambah. Berikut
adalah carta fakta asas tambah:-
No comments:
Post a Comment